HIDUP .


Hidup sebagai Student Diploma Islamic Banking & Finance


Semester 1 (Masing-masing muka masam mencuka)


Semester 2 (Sebahagian takde . hehe )


Semester 3 ( Ala-ala banker *student laki jadi photographer*)

29 orang pelajar , 25 perempuan dan 4 lelaki ada dekat dalam class fity . Hehe, lelaki sikit standard lah kan . Sebab dalam course ni jarang ade student lelaki . Ape yang best kami belajar kat sini bukan je dapat input dari segi education , kite pun dapat belajar macam mana jaga hubungan antara classmate . Sekarang dah semester 3 . Terasa macam baru lagi sem 1 & paling berat hati bila sem depan memasing praktikal . Okay , macam karangan Bahasa Malaysia masa spm pulak . hehe . 

*LATER UPDATE BALIK . ADA KERJA SIKIT*







#143

Assalamualaikum ,

Hati ini ingin meluahkan bicara yang tersemat . Mungkin akan melukakan sesiapa barangkali . Mungkin akan mengembirakan sesiapa juga . Aku tak mampu nak menanggung semua ini . Allah maha mengetahui akan kemampuan aku . Aku cuma ingin kau memahami akan diriku sedalam dalam nya . Bukan dengan hanya mengetahui segala hal peribadi aku . Dengan siapa aku berkawan . Aku cuma ingin kau fahami aku . Masa bila aku nak rehat . Masa bila aku busy buat assignment . Aku juga cuma ingin kau jujur dengan ku . Biar pun ia pahit untuk diterima tapi ia tidak lah membuat ku menganggap diriku ni terlalu zalim kerana tak memahami dirimu .

Kata-kata manis , Barang barang masa kini takkan dapat mendatangkan kasih sayang aku untukmu . Aku cuma inginkan dirimu yang sebenar benarnya ikhlas sayang aku seorang . Aku sedih , aku takut bila kau tak berlaku jujur dengan aku . Kau sudah memberikan aku kata janji . Kata putus hanya setia dengan aku . Ingin menceritakan detik manis , detik gembira kepada ku . Tetapi mengapa kau ulangi perkara yang seringkali kau lakukan dahulu . Begitu jelas ketara apa yang kau lakukan . Tetapi mengapa soalan yang kau berikan kepada ku . Mengapa ? apa salah aku kepada kau ?

Sudah lah , silap lah kau kalau didalam fikiran kau perempuan ni hanya untuk dipermainkan . Maaflah , dari mana kau hadir ? dari rahim seorang perempuan . Nescaya , kelak kau akan memahami bagaimana sakitnya dipermainkan . Aku bukan ingin menunding jari kearah sesiapa . Malahan buat lelaki lelaki . Hanya sekadar nasihat sebelum anda terkena . Luahan aku cuma keseronokkan semata-mata . Sekian sahaja .

Suara hati merdu sayu

Assalamualaikum ,

Dalam hidup mesti ada masa gembira, ada masa sedih dan taktahu apa perasaan kita. Hati siapa yang suka dipermainkan. Hati siapa yang suka diperlekehkan. Dari hati naik ke mata .Dari mata naik ke kepala . Siapa tahu mata yang selama ni jadi saksi untuk melihat semua perkara yang berlaku . Siapa tahu kepala ni makin lama menjadi semakin amat berat untuk fikirkan hal remeh, hal berat . Mungkin akan datangnya sakit kanser otak, kekurangan darah , darah tinggi , sakit jantung .

Dalam hidup manusia ada tahap kesabarannya . Ada batas pergaulannya . Jangan mengharapkan seseorang itu pandai & tahu fikir tahap mana kesabaran kita . Dia hanya akan fikir kan diri dia . Perasaan ini tak boleh dibuat main . Jangan jadikan alasan sebagai satu langkah lepaskan diri untuk kita katakan kepada dia .

Perempuan ini hatinya lembut. Mereka perlu dijaga dan dibelai bukan untuk dipermainkan . Memang akan ada yang kata perempuan hanya tahu "queen control" lelaki , dengarlah wahai sang pujangga perempuan yang sedemikian lah perempuan yang sangat sayangkan hubungannya . Jangan rasa terikat , kerana perempuan itulah yang mencuba untuk membantu kita mengubah persepsi kita . Malahan, berterima kasihlah kepada mereka .

Awak, saya mohon cuma satu dari awak . Tolong jaga gadis yang bersama awak . Jaga hati dia Awak jujur dengan dia . Cerita semuanya dengan dia . Dialah yang akan membantu awak .
Awak awak awak awak ...
Allah maha mengetahui akan isi hati hambanya , Allah maha berkuasa menentukan jodoh hambanya . Allah maha melihat segala perbuatan kita . Allah sentiasa disisi hambanya ketika sedih mahu pun senang . Allah memberikan ujian yang setaraf dengan kemampuan kita .

Ya allah , jika dia benar untukku satu kan lah hatinya dengan hatiku . Amin .