AKDP

MATAPELAJARAN PENTING DALAM ALIRAN INI .


Aplikasi Komputer Dalam Perniagaan
Sinopsis

Matlamat mata pelajaran Aplikasi Komputer dalam Perniagaan adalah untuk melahirkan murid yang berkemahiran dan berpengetahuan asas dalam aplikasi komputer.  Mata pelajaran ini melengkapkan murid dengan kemahiran pekerjaan (job entry level) dalam industri, organisasi dan pejabat kerajaan. Melalui penguasaan pengetahuan dan kemahiran dalam aplikasi komputer dengan pemantapan sikap serta nilai kerja yang tinggi.

Objektif
  1. Mematuhi dan mengamal prosedur stesen kerja dan isu ergonomik
  2. Mengetahui dan mengenal pasti perkakasan dan perisian yang relevan untuk tugas dalam aktiviti perniagaan
  3. memperkembangdan mengaplikasi kemahiran permindanganan huruf berkomputer menggunakan teknik sentuhan untuk mencapai kemahiran kepantasan dan ketetapan menaip alam penggunaan pelbagai perisian aplikasi
  4. Mengaplikasi kemahiran pemprosesan perkataan dalam penghasilan dokumen perniagaan seperti surat-menyurat, laporan, jadual dan borang, dan penerbitan perniagaan dengan tepat, tersusun dan berkualiti
  5. Mengetahui, memahami, dan menterjemah arahan dan tanda-tanda pembetulan
  6. Membina dan mengaplikasi hamparan elektronik dalam pelbagai bentuk bagi kegunaan perniagaan 
  7. Mereka bentuk dan menghasilkan bahan persembahan untuk pelbagai aktiviti perniagaan 
  8. Mengetahui, memahami, dan mengguna internet
  9. Mengguna fungsi matematik asas dalam pengiraan perniagaan
  10. Mengembangkan konsep penggunaan komputer sebagai alat untuk menghasil dokumen dan projek yang tepat, kemas dan berkualiti.
Sukatan Pelajaran
MODUL 1 : OPERASI KOMPUTER
Memperkenalkan kepada pelajar perkembangan semasa teknologi komputer termasuk  pengurusan fail, perkakasan asas dan operasi perisian,
MODUL 2 : KEMAHIRAN PEMINDANGAN HURUF BERKOMPUTER
Pelajar boleh menaip sentuhan dengan kepantasan 25 psm dengan ketetapan 96% bagi skrip bertaip
MODUL 3 : KEMAHIRAN LANJUTAN PEMINDANGAN HURUF BERKOMPUTER
Pelajar boleh menaip sentuhan dengan kepantasan 35 psm dengan ketepatan 96% bagi skrip bertaip,dan kepantasan 25 psm dengan  ketepatan 96% bagskrip bertulis (manuscript)
MODUL 4 : KEMAHIRAN PEMINDANGAN KEKUNCI PAD
Pelajar boleh menguasai kemahiran menaip dengan kepantasan 80 ksm (keystrokes per minute) dengan ketepatan 96% bagi pemidangan huruf.        
MODUL 5 : PEMPROSESAN PERKATAAN
Pelajar boleh membuat pemformatan yang melibatkan fungsi seperti menyalin, memindah, mencari dan mengganti teks.
MODUL 6 : APLIKASI PEMPROSESAN PERKATAAN DALAM PERNIAGAAN
Pelajar boleh menyediakan surat, jadual, borang, memformat, menyuntingan aksara, perenggan, halaman dan mencetakan dokumen.
MODUL 7 : PENERBITAN ELEKTRONIK
Pelajar boleh mencipta dan membina pelbagai penerbitan perniagaan. Menyusun atur, memformat dan menyunting teks, imej dan grafik.
MODUL 8: KEMAHIRAN ASAS MATEMATIK PERNIAGAAN
Pelajar boleh mengira peratus, gaji, belian, jualan dan cukai dan fungsi aritmetik
MODUL 9 : HAMPARAN ELEKTRONIK
Pelajar boleh menggunakan fungsi dan perintah asas untuk membina, menginput, mencetak dan memformat pelbagai jenis carta.        
MODUL 10 : APLIKASI HAMPARAN ELEKTRONIK DALAM PERNIAGAAN
Pelajar boleh menyediakan dokumen hamparan elektronik yang berkaitan dengan perniagaan  serta memanipulasitetingkap skrin
MODUL 11 : APLIKASI PERSEMBAHAN DALAM PERNIAGAAN
Pelajar boleh mewujud, menyunting dan mencetak persembahan, memformat teks, menggunakan tools dan objek, serta menyampaikan persembahan
MODUL 12 ; APLIKASI INTERNET DALAM PERNIAGAAN
Pelajar boleh melayari laman web untuk mendapatkan maklumat, menghantar dan menerima mel elektronik


PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

  • Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
  • Politeknik
  • Institut Latihan Perindustrian (ILP)
  • Institut Kemahiran Mara (IKM)
  • Kolej Komuniti


LALUAN KERJAYA 

  • Juruaudit / Penolong Juruaudit / Pembantu Juruaudit
  • Akauntan / Penolong Akauntan / Pembantu Akauntan
  • Pegawai Tadbir Kewangan , Penolong Pegawai Tadbir Kewangan
  • Pembantu Pengurusan
  • Pegawai Pemasaran / Pembantu Pemasaran
  • Usahawan

No comments:

Post a Comment

comment ya !