jom kembali ke sekolah !!



Form 1 dan Form 2 . Masa tu orang kata peralihan zaman dari budak-budak hingusan ke remaja . Orang tua-tua kata remaja masa tu nak cuba semuanya tanpa mendengar kata-kata ibu bapanya . Ceh ! Dah macam ceramah pulak aku bagi . Siapa nak ceramah kat sini ? o_0 . i cuma nak cerita pasal pakaian sekolah pelajar form 1 dan form 2 dulu-dulu je . hee ok , cuba korang ingat balik , macam mana pakaian korang masa tu ? Adakah baik or nerd ? atau anda seorang yang suka melanggar peraturan sekolah ( macam aku =.= ) ? Kalau yang baik or nerd tu i selut you all lah , sebabnya you all tak terjebak macam we all ni . HAHA .


 Untuk pengetahuan korang semua , aku adalah pengawas masa aku sekolah dekat pahang . Apa ? korang pikir pengawas ni baik sangat ke ha ? eleh pengawas ni dua kali lima je macam korang semua . HAHA . betul la orang kata PENGAWAS = MAWAS . ceit ! tapi tak semua pengawas macam aku laa , ada yang baik ikut peraturan dan ada juga yang nerd . Macam manalah orang macam aku ni boleh tersesat jadi pengawas . -____-"



pernah main game bully ni ? pengawas dia gila besar macam cikgu . HAHA

Aku ingat lagi , masa kena interview nak jadi pengawas . Cikgu tanya lah aku macam-macam soalan . Aku rasa semua sekolah pun mesti wajib tanya soalan ni kepada sesiapa yang ingin menjadi pengawas . 


"Kenapa awak nak jadi pengawas ? "

aku jawab " Sebab saya nak bantu cikgu untuk mengurus hal disiplin di sekolah "


CEH ! ayat tangkap leleh bai . Kalau nak cakap sebab nak dapat sijil je , confirm tak dapat . so sebab tu aku ayat cikgu sikit . HAHA


Ok ok dah penat berceloteh , mari kita berbalik kepada tajuk entry kali ini . Bagi aku waktu aku Form 1 dan Form 2 tu , zaman kegelapan aku . HAHA . YOLAH mana taknya semua benda nak langgar , peraturan sekolah langgar , cakap cikgu langgar , dengan tiang-tiang elektrik semua langgar . ( cukup tipu orang , fity ! ) Pernah kan , kawan kelas aku masa sekolah rendah dulu , dia terlanggar tiang elektrik , then bulu kening dia hilang tak tumbuh-tumbuh .  HAKHAK .(cerita  tipu ni )




macam nak bergaduh dengan tiang elektrik tu je . HAHA


Dulu-dulu kalau tudung bagi perempuan yang bertudung mesti nak pendek kan . Lagi pendek tudung korang buat , lagi angkuh korang berjalan kan . HAHA . Bahagian belakang tudung korang mesti ada bonjolan rambut yang di ikat . Pastu tudung pun terhuyung-hayang kan kan ? haha . 
 kalau tak paham jugak , meh i tunjuk ...






Bagi rambut perempuan yang tak bertudung pulak , korang mesti suka ikat tinggi-tinggi . Lagi tinggi , lagi lelaki pandang . Dulu budak perempuan freehair mesti suka rebonding , yelah semua benda nak cuba . Lagi parah pergi warnakan rambut . WELL kita semua kan datang sekolah tujuan untuk melanggar peraturan sekolah ! haha . Bagi lelaki pulak , letak wax or minyak rambut dekat rambut bagi tercacak macam landak . (Cicak jatuh pun tak mati ) Yela kalau rambut cacak barulah budak perempuan meluat suka pandang kan ? haha . BIASA LAH TU . Lelaki cukup suka kalau bela rambut yang dekat tepi telinga . konon korang kata nak tutup bagi habuk tak masuk la kan ? haha pandai ye kecik-kecik dah menipu . 






Mari kita beralih ke pancaindera pulak , kalau yang perempuan tu suka sangat lah pakai celak . PALING AKU INGAT ! haha sebelum pergi sekolah tu , sanggup tertinggal bas Pak Mat untuk pergi ke sekolah . ( entah siapa lah Pak Mat ni ) Yang aku peliknya , nak pergi sekolah pun make up tau , ada lagi over pakai blusher dengan lipstick pelembap bibir . HAHA . Nak mengorat cikgu-cikgu handsome cakap jelah -,- . Kalau yang lelaki pulak dorang tak bubuh apa-apa dekat muka dorang . cuma aku rasa dorang ada yang terkinja-kinja nak tindik sana , tindik sini . Bagi perempuan yang tak bertudung tu , MESTI atau WAJIB tindik lebih dari satu . betul tak ? haha . eh power kot perempuan boleh tindik lebih dari satu , sakit tu beb .


Dulu budak perempuan suka pakai baju kurung atas dari lutut beserta fit ikut badan dan butang baju tu korang tak butangkan en ? HAHA " cikgu , panas lah ! " alasan biasa lah tu . kejab lagi perkara biasa cikgu disiplin akan balas neraka lagi panas " . HAHA SILA BERSABAR . Nametag dan lencana . Rugi je kedai buku sekolah atau koperasi jual . HAHA siapa je nak pakai ? WE ALL semua tak main laa pakai name tag ni semua , macam budak skema lah . haha aku pernah dengar budak bagi alasan kenapa tak pakai name tag dan lencana . dia kataerrrr .... mak saya tak sempat nak jahit lah " haha . ada pulak cikgu balaskalau mak kau tak sempat jahit , suruh abah kau ! " (eleh cakap jelah nanti senang kalau nak ponteng kelas , YOLAH cikgu tak tau nama korang sebab korang tak pakai nametag kan ) HAH !  








Kalau cakap pasal kain pulak , mesti korang biasa dengar kalau orang kata ' BANJIR ' . haa kain budak perempuan dulu-dulu mesti senteng lah wa cakap lu .  kenapa senteng ? "senang angin nak masuk " haha . Sebenarnya lelaki tak suka pun kain perempuan yang senteng-senteng ni . ( yelah aku ni , macam dah buat research dekat semua budak lelaki pulak ) HAHA  Lelaki dulu-dulu tak silap aku la kan , seluar mesti kecik bawah . semut dengan nyamuk nak lalu pun tak boleh . HAHA ok itu tipu . entah tak tau kenapa suka sangat seluar kecik bawah . Selalu yang seluar kecik bawah ni untuk budak melayu . Kalau budak india dengan cina mesti seluar besar bawah . ( aku pun tak faham kenapa seluar pun ikut kaum kan =.= ) . 







Aku pernah dengar cerita dari cikgu disiplin kan , (konon kamcing la dengan cikgu disiplin ) dulu pernah budak lelaki sekolah aku oter seluar baik punya , cikgu aku pun apa lagi . mula lah operasi beliau , cikgu pergi potong tepi seluar budak lelaki tu , dari atas sampai bawah . WAH SEXY NYAH . lepas tu budak tu terkial-kial cari pin untuk cantumkan balik seluar dia . HAHA gila lah macam ni pun ada .



Cakap pasal stoking . BUDAK PEREMPUAN paling suka aku rasa . yelah , asal datang sekolah je , pakai stoking  warna-warni . lawa beb . lepas tu stoking mesti pendek paras buku lali . betul tak aku kata ? haha SIAPA BAGI KORANG BUAT ? sila mengaku sekarang . ( okay kami mengaku . kami salah ) haha wajib laa we all kan nak bagi cikgu berbulu dengan kitaorang . HAHA kau bayangkan pengawas pakai stoking warna-warni , punya bagus perangai kan , memalukan Lembaga Pengawas-pengawas Sedunia je kan ? HAHA . Budak lelaki pun tak kurang hebat jugak , nak lawan budak perempuan . Stoking mesti ada logo . kalau ada logo NIKE , PUMA , ABIBAS ADIDAS ke , dah cukup proud tau nak jalan depan cikgu disiplin . haha 









Masuk part kasut lagi best . tapi kalau kasut , lelaki dan perempuan sama je kot bagi aku . Semua kalau boleh nak ada yang kasut ada line berwarna . Yang paling famous masa tu line warna merah . Kira dah paling smart gila la kalau pakai kasut yang berline-line . Macam-macam warna line wa cakap lu. ada hijau , biru dan pink pun ada .  HAHA



Tapi tu semua dulu , sekarang i dah berubah tau tak . i dah tak macam dulu-dulu . eceh . YOLAH bila eden pikir-pikir balik , macam sakai pulak buat macam tu kan . Tapi masih ada yang remaja buat lagi kan ? tak pela derr , dia punya taste kan , dia punya suka la . Semua ni pun berdasarkan pengalaman aku tengok budak-budak sekolah aku .YOLAH aku kan pengawas bersahsiah tak guna :P . tu yang sekarang dah jadi pelajar biasa yang baik (eceh baik la sangat kan )  Cuma moral of the story JANGAN JADI PENGAWAS MACAM AKU . sekian , terima kasih :)

pssstt !! padahal aku tak tau yang aku ni dapat ke tak jadi pengawas. haha !


5 comments:

comment ya !