#143

Assalamualaikum ,

Hati ini ingin meluahkan bicara yang tersemat . Mungkin akan melukakan sesiapa barangkali . Mungkin akan mengembirakan sesiapa juga . Aku tak mampu nak menanggung semua ini . Allah maha mengetahui akan kemampuan aku . Aku cuma ingin kau memahami akan diriku sedalam dalam nya . Bukan dengan hanya mengetahui segala hal peribadi aku . Dengan siapa aku berkawan . Aku cuma ingin kau fahami aku . Masa bila aku nak rehat . Masa bila aku busy buat assignment . Aku juga cuma ingin kau jujur dengan ku . Biar pun ia pahit untuk diterima tapi ia tidak lah membuat ku menganggap diriku ni terlalu zalim kerana tak memahami dirimu .

Kata-kata manis , Barang barang masa kini takkan dapat mendatangkan kasih sayang aku untukmu . Aku cuma inginkan dirimu yang sebenar benarnya ikhlas sayang aku seorang . Aku sedih , aku takut bila kau tak berlaku jujur dengan aku . Kau sudah memberikan aku kata janji . Kata putus hanya setia dengan aku . Ingin menceritakan detik manis , detik gembira kepada ku . Tetapi mengapa kau ulangi perkara yang seringkali kau lakukan dahulu . Begitu jelas ketara apa yang kau lakukan . Tetapi mengapa soalan yang kau berikan kepada ku . Mengapa ? apa salah aku kepada kau ?

Sudah lah , silap lah kau kalau didalam fikiran kau perempuan ni hanya untuk dipermainkan . Maaflah , dari mana kau hadir ? dari rahim seorang perempuan . Nescaya , kelak kau akan memahami bagaimana sakitnya dipermainkan . Aku bukan ingin menunding jari kearah sesiapa . Malahan buat lelaki lelaki . Hanya sekadar nasihat sebelum anda terkena . Luahan aku cuma keseronokkan semata-mata . Sekian sahaja .

2 comments:

comment ya !