PPN




Perakaunan Perniagaan
Sinopsis
Mata pelajaran Perakaunan Perniagaan bermatlamat untuk membentuk murid yang berpengalaman dan berkemahiran dalam bidang perakaunan secara manual dan berkomputer yang diamalkan dalam  perniagaan
Objektif
  1. Memahami dan menguasai setiap modul serta mempraktikkan konsep dan prinsip perakaunan
  2. Mahir menggunakan komputer dalam merekod urus niaga perakaunan
  3. Meneganlpasti dokumen sumber perniagaan sebagai sumber maklumat asas untuk merekod urus niaga dalam Buku Catatan Pertama dan mengepos ke lejar berdasarkan sistem catatan bergu
  4. Menyedia dan menghasilkan Imbangan Duga, Penyata Kos Pengeluaran, Penyata Kewangan dan Lembaran Kerja untuk perniagaan milikan tunggal dan perkongsian
  5. Menghitung dan merekod susut nilai, peruntukan susut nilai, hutang lapuk, peruntukan hutang ragu, dan hutang lapuk terpulih, belanja dan hasil sama ada terakru atau terdahulu
  6. Mengambil kira pelarasan semasa menyediakan Penyata Kewangan bagi tempoh perakaunan tertentu
  7. Mengurus dan mengawal tunai melalui penyediaan Buku Tunai, Buku Tunai Runcit, Penyata Penyesuaian Bank dan Belanjawan Tunai
  8. Mengenal pasti dan membetulkan kesilapan, menyelaraskan untung/rugi dan menyediakan semula Penyata Kewangan 
  9. Menggunakan perisian perakaunan bagi memproses data urus niaga untuk menghasilkan Penyata Kewangan
  10. Menegnal pasti ciri-ciri dan peranan usahawan, agensi yang dapat membantu uasahawan serta mematuhi prosedur penubuhan perniagaan dan seterusnya menyediakan rancangan perniagaan yang mudah berkaitan *bidang kursus* yang dipelajari dalam usaha melahirkan usahawan.

Sukatan Pelajaran
MODUL 1 : PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Modul ini memberi pendedahan kepada murid tentang sejarah, konsep dan prinsip asas perakunan
MODUL 2 : PENGENALAN DOKUMEN DAN BUKU CATATAN PERTAMA
Modul ini membolehkan murid mengenal, mengklasifikasikan dokumen sumber perniagaan dan merokodkannya ke dalam Buku Catatan Pertama
MODUL 3 : LEJAR DAN IMBANGAN DUGA    
Modul ini memberi penekanan kepada cara mengepos urusniaga ke lejar, megimbang, menutup akaun dan menyediakan Imbangan Duga
MODUL 4 : PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PENYATA KEWANGAN (TANPA PELARASAN)
Modul ini memberi pengetahuan dan kemahiran untuk menyediaan Penyata Kewangan
MODUL 5 : KITARAN PERAKAUNAN
Modul ini memberi pengetahuan kepada murid tentang proses kitaran perakaunan dan pengaplikasinya dengan menggunakan komputer
MODUL 6 : PELARASAN PADA TARIKH IMBANGAN DAN PENYATA KEWANGAN
Modul ini memberi kemahiran kepada murid tentang penyediaan Imbangan Duga dan Penyata Kewangan dengan mengambil kira pelarasan
MODUL 7 : LEMBARAN KERJA   
Modul ini memberi kemahiran kepada murid tentang  penyediaan  Penyata Kewangan dalam bentuk Lembaran Kerja secara manual dan berkomputer
MODUL 8 PERAKAUNAN UNTUK TUNAI
Modul ini memberi kemahiran kepada murid tentang penyediaan Penyata Penyesuaian Bank dan Belanjawan Tunai secara manual dan berkomputer


MODUL 9 : AKAUN KAWALAN  
Modul ini memberi kemahiran kepada murid tentang pengelasan maklumat dari Buku Catatan Pertama dan merekodkannya ke dalam Akaun Kawal
MODUL 10 : PERAKAUNAN PERKONGSIAN    
Modul ini memberi kemahiran kepada murid untuk menghasilkan Penyata Kewangan Perniagaan Perkongsian secara manul dan berkompute
MODUL 11 : PERAKAUNAN KOS   
Modul ini memberi kemahiran kepada murid untuk menghasilkan Penyata Kos Pengeluaran dan Penyata Kewangan secara manual dan berkomputer
MODUL 12 : PEMBETULAN KESILAPAN        
Modul ini memberi kemahiran kepada murid tentang kesilapan merekod, cara membetulkan kesilapan dan menyediakan semula Penyata Kewangan 
MODUL 13 : PENGGUNAAN PERISIAN KOMPUTER  
Modul ini membolehkan murid menghasilkan Penyata Kewangan dengan menggunakan perisian perakaunan
MODUL 14 : KEUSAHAWANAN 
Modul ini disusun supaya bersifat ‘hands-on’ dan dinamik. Ia merangkumi 4 unit iaitu Pengenalan kepada Keusahawanan, Milikan Perniagaan dan Rancangan Perniagaan

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN
  • Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
  • Politeknik
  • Institut Latihan Perindustrian (ILP)
  • Institut Kemahiran Mara (IKM)
  • Kolej Komuniti


LALUAN KERJAYA 
  • Juruaudit / Penolong Juruaudit / Pembantu Juruaudit
  • Akauntan / Penolong Akauntan / Pembantu Akauntan
  • Pegawai Tadbir Kewangan , Penolong Pegawai Tadbir Kewangan
  • Pembantu Pengurusan
  • Pegawai Pemasaran / Pembantu Pemasaran
  • Usahawan

3 comments:

comment ya !