Perakaunan Perniagaan
Sinopsis
Mata pelajaran Perakaunan Perniagaan bermatlamat untuk membentuk murid yang berpengalaman dan berkemahiran dalam bidang perakaunan secara manual dan berkomputer yang diamalkan dalam perniagaan
Objektif
- Memahami dan menguasai setiap modul serta mempraktikkan konsep dan prinsip perakaunan
- Mahir menggunakan komputer dalam merekod urus niaga perakaunan
- Meneganlpasti dokumen sumber perniagaan sebagai sumber maklumat asas untuk merekod urus niaga dalam Buku Catatan Pertama dan mengepos ke lejar berdasarkan sistem catatan bergu
- Menyedia dan menghasilkan Imbangan Duga, Penyata Kos Pengeluaran, Penyata Kewangan dan Lembaran Kerja untuk perniagaan milikan tunggal dan perkongsian
- Menghitung dan merekod susut nilai, peruntukan susut nilai, hutang lapuk, peruntukan hutang ragu, dan hutang lapuk terpulih, belanja dan hasil sama ada terakru atau terdahulu
- Mengambil kira pelarasan semasa menyediakan Penyata Kewangan bagi tempoh perakaunan tertentu
- Mengurus dan mengawal tunai melalui penyediaan Buku Tunai, Buku Tunai Runcit, Penyata Penyesuaian Bank dan Belanjawan Tunai
- Mengenal pasti dan membetulkan kesilapan, menyelaraskan untung/rugi dan menyediakan semula Penyata Kewangan
- Menggunakan perisian perakaunan bagi memproses data urus niaga untuk menghasilkan Penyata Kewangan
- Menegnal pasti ciri-ciri dan peranan usahawan, agensi yang dapat membantu uasahawan serta mematuhi prosedur penubuhan perniagaan dan seterusnya menyediakan rancangan perniagaan yang mudah berkaitan *bidang kursus* yang dipelajari dalam usaha melahirkan usahawan.
Sukatan Pelajaran
MODUL 1 : PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Modul ini memberi pendedahan kepada murid tentang sejarah, konsep dan prinsip asas perakunan
MODUL 2 : PENGENALAN DOKUMEN DAN BUKU CATATAN PERTAMA
Modul ini membolehkan murid mengenal, mengklasifikasikan dokumen sumber perniagaan dan merokodkannya ke dalam Buku Catatan Pertama
MODUL 3 : LEJAR DAN IMBANGAN DUGA
Modul ini memberi penekanan kepada cara mengepos urusniaga ke lejar, megimbang, menutup akaun dan menyediakan Imbangan Duga
MODUL 4 : PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PENYATA KEWANGAN (TANPA PELARASAN)
Modul ini memberi pengetahuan dan kemahiran untuk menyediaan Penyata Kewangan
MODUL 5 : KITARAN PERAKAUNAN
Modul ini memberi pengetahuan kepada murid tentang proses kitaran perakaunan dan pengaplikasinya dengan menggunakan komputer
MODUL 6 : PELARASAN PADA TARIKH IMBANGAN DAN PENYATA KEWANGAN
Modul ini memberi kemahiran kepada murid tentang penyediaan Imbangan Duga dan Penyata Kewangan dengan mengambil kira pelarasan
MODUL 7 : LEMBARAN KERJA
Modul ini memberi kemahiran kepada murid tentang penyediaan Penyata Kewangan dalam bentuk Lembaran Kerja secara manual dan berkomputer
MODUL 8 : PERAKAUNAN UNTUK TUNAI
Modul ini memberi kemahiran kepada murid tentang penyediaan Penyata Penyesuaian Bank dan Belanjawan Tunai secara manual dan berkomputer
MODUL 9 : AKAUN KAWALAN
Modul ini memberi kemahiran kepada murid tentang pengelasan maklumat dari Buku Catatan Pertama dan merekodkannya ke dalam Akaun Kawal
MODUL 10 : PERAKAUNAN PERKONGSIAN
Modul ini memberi kemahiran kepada murid untuk menghasilkan Penyata Kewangan Perniagaan Perkongsian secara manul dan berkompute
MODUL 11 : PERAKAUNAN KOS
Modul ini memberi kemahiran kepada murid untuk menghasilkan Penyata Kos Pengeluaran dan Penyata Kewangan secara manual dan berkomputer
MODUL 12 : PEMBETULAN KESILAPAN
Modul ini memberi kemahiran kepada murid tentang kesilapan merekod, cara membetulkan kesilapan dan menyediakan semula Penyata Kewangan
MODUL 13 : PENGGUNAAN PERISIAN KOMPUTER
Modul ini membolehkan murid menghasilkan Penyata Kewangan dengan menggunakan perisian perakaunan
MODUL 14 : KEUSAHAWANAN
Modul ini disusun supaya bersifat ‘hands-on’ dan dinamik. Ia merangkumi 4 unit iaitu Pengenalan kepada Keusahawanan, Milikan Perniagaan dan Rancangan Perniagaan
PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN
- Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
- Politeknik
- Institut Latihan Perindustrian (ILP)
- Institut Kemahiran Mara (IKM)
- Kolej Komuniti
LALUAN KERJAYA
- Juruaudit / Penolong Juruaudit / Pembantu Juruaudit
- Akauntan / Penolong Akauntan / Pembantu Akauntan
- Pegawai Tadbir Kewangan , Penolong Pegawai Tadbir Kewangan
- Pembantu Pengurusan
- Pegawai Pemasaran / Pembantu Pemasaran
- Usahawan
huyooo....macam kursus kerjaya pulak :)
ReplyDelete0
oh . sanggup kau tulis yaa . :)
ReplyDeleteakak tun teja: haha.sukesuke jela.
ReplyDeletekila:copypaste jela.